PERANCIS hadir ke Piala Dunia 2022 di Qatar dengan beban berat untuk mempertahankan kejuaraan ekoran berdepan kemelut selepas kehilangan beberapa tonggak utama yang membantu mereka muncul juara pada edisi 2018.
Selepas kehilangan khidmat Paul Pogba and N’Golo Kante ekoran kecederaan, Les Bleus bakal mempertaruhkan ‘enjin’ baharu dengan Aurelien Tchouameni, Adrien Rabiot, Matteo Guendouzi dan Youssouf Fofana untuk merencana kekuatan pasukan.
Bagaimanapun, Perancis mungkin bertuah kerana memiliki senarai yang lebih ramai untuk dipilih oleh Didier Deschamps dan pengendali itu sudah beri bayangan bakal membuat perubahan formasi 4-3-1-2 berbanding 3-4-1-2 seperti digunakan pada kempen Euro 2020.
Ketika Kylian Mbappe sedang dipalit isu luar padang yang menyaksikannya berhasrat meninggalkan Paris Saint-Germain, bintang muda itu semakin menunjukkan peningkatan sejak 18 bulan lalu dan perkembangan ini beri nilai tambah kepada kualiti Perancis.
Seorang lagi tonggak di jentera serangan, Karim Benzema pastinya sedang berada pada motivasi terbaik memandangkan bintang Real Madrid itu masih segar dengan kejayaan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ballon d’Or.
Walaupun hilang bintang utama di bahagian tengah, kehadiran Antoine Griezmann, Kingsley Coman, Ousmane Dembele dan Christopher Nkunku juga bakal menjadikan Perancis antara pasukan yang memiliki serangan paling digeruni, namun Deschamps perlu bijak merencanakan sesuatu yang luar biasa.
PROFIL PERANCIS
PASUKAN: Perancis
GELARAN: Les Bleus
KETUA JURULATIH: Didier Deschamps
KAPTEN: Hugo Lloris
RANKING FIFA: No. 4 dunia
PENYERTAAN PIALA DUNIA: 1930, 1934, 1938, 1954, 1958, 1966, 1978, 1982,1998, 2002, 2006, 2010, 2014, 2018
PENCAPAIAN TERBAIK: Juara (1998, 2018)
RAMALAN PIALA DUNIA 2022: Separuh akhir
SENARAI 25 PEMAIN
Penjaga gol
Hugo Lloris (Tottenham Hotspur)
Alphonse Areola (West Ham)
Steve Mandanda (Rennes)
Pertahanan
Benjamin Pavard (Bayern Munich)
Presnel Kimpembe (PSG)
Jules Kounde (Barcelona)
Ibrahima Konate (Liverpool)
Dayot Upamecano (Bayern Munich)
Raphael Varane (Manchester United)
William Saliba (Arsenal)
Lucas Hernandez (Bayern Munich)
Theo Hernandez (AC Milan)
Tengah
Adrien Rabiot (Juventus)
Aurelien Tchoumeni (Real Madrid)
Eduardo Camavinga (Real Madrid)
Youssouf Fofana (Monaco)
Matteo Guendouzi (Marseille)
Jordan Veretout (OM)
Penyerang
Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)
Karim Benzema (Real Madrid)
Olivier Giroud (AC Milan)
Antoine Griezmann (Atletico)
Kingsley Coman (Bayern)
Ousmane Dembele (Barcelona)
Christopher Nkunku (RB Leipzig)