fbpx

Hakim Danish lakar sejarah raih gelaran Asia Talent Cup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hakim Danish ketika beraksi di Litar Antarabangsa Mandalika, Indonesia sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Pelumba berbakat negara, Hakim Danish Ramli melakar sejarah apabila merangkul gelaran Asia Talent Cup (ATC) buat julung kalinya pada perlumbaan penutup di Litar Antarabangsa Mandalika di Indonesia sebentar tadi.

Pada perlumbaan penuh mencabar tersebut, Danish yang memulakan saingan di petak ketiga berusaha keras meskipun diasak hebat terutama pencabar terdekatnya dari Jepun, Shinya Ezawa.

Danish yang berusia 15 tahun bijak menutup segala ruang selepas beberapa kali aksi saling memintas sebelum berjaya meloloskan diri untuk menamatkan perlumbaan tempat kedua.

Meskipun berusaha untuk muncul juara pada perlumbaan terakhir itu namun Danish mengambil langkah berhati-hati dan pelumba Indonesia, Veda Ega Pratama muncul juara pusingan terakhir itu.

Danish diangkat juara ATC 2022 selepas mengumpul 187 mata manakala Ezawa mengumpul 177 mata dan diikuti Pratama di kedudukan ketiga dengan 141 mata.

Pelumba kelahiran Terengganu itu layak diangkat juara ATC 2022 selepas tujuh kali menaiki podium dengan merangkul empat kemenangan sepanjang enam pusingan perlumbaan musim ini.

Lebih manis ia adalah kejayaan pertama anak Malaysia merangkul gelaran ATC sejak perlumbaan tersebut pertandingan pada 2014. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI