fbpx

Operasi pencarian Aiman lemas di Pantai Marina diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri lemas dengan bantu anjing pengesan di perairan Pantai Marina, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Operasi mencari dan menyelamat hari ketiga hari ini budak lelaki yang dikhuatiri lemas di alur sungai Kuala Kemaman berhampiran Pantai Marina diperluaskan sehingga 10 kilometer radius.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, operasi tersebut turut dibantu dua ekor anjing pengesan unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Kita turut menggunakan lapan buah bot dari pelbagai agensi dan dibantu orang awam termasuk nelayan.

“Pencarian juga dilakukan di sekitar kawasan laut di luar muka kuala Kemaman,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan Mohamad Aiman Asyraf Shahrulzaman,11, yang merupakan murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Chukai, dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama dua rakan sekolahnya pada pukul 3 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI