fbpx

Influencer, ibu maut kemalangan pulang sambut hari jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SURESH menunjukkan gambar Ranju ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini hari ini. IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Seorang pempengaruh media sosial TikTok bersama ibunya dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Jelutong di sini pagi tadi.

Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu berlaku apabila mangsa, M. Sivarajini atau popular TikTok dengan nama Ranju dan ibu, A. Shandy, 54, dalam perjalanan pulang menyambut hari jadinya ke-25 tahun.

Kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Juru, Seberang Perai Tengah.

Akibat kemalangan itu, tiga lagi mangsa terdiri seorang lelaki dipercayai abang Ranju dan dua budak lelaki dan perempuan masing-masing berusia enam dan 10 tahun dilaporkan mengalami kecederaan pada kaki serta kepala.

Difahamkan, kenderaan yang dipandu bakal tunang Ranju hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh penghadang jalan di lebuh raya berkenaan.

Untuk rekod, akaun TikTok milik Ranju kini mempunyai 29,000 pengikut dan 126,000 tanda suka.

Sementara itu, saudara Ranju, S. Suresh, 34, berkata, ketika kejadian dua beranak tersebut dikatakan baru selesai menyambut hari jadi dan mereka dipercayai datang ke pusat bandar ini sekadar untuk bersiar-siar.

“Kami terima panggilan kejadian pada pukul 6 pagi tadi dan terus bergegas ke Hospital Pulau Pinang dari Taiping. Sepatutnya, hari ini kami sekeluarga bertemu Ranju dan ibunya untuk membincangkan urusan majlis pertunangannya yang bakal diadakan pada 3 Disember ini.

“Segala persiapan majlis tunang dan kahwin yang dijangka pada Januari tahun depan juga sudah siap termasuk hantaran dan bayaran deposit kanopi semalam,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Suresh memberitahu, jenazah kedua-dua beranak itu akan dibawa pulang ke Matang, Taiping di Perak sebaik bedah siasat selesai dijalankan petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI