fbpx

Suami isteri cedera kereta dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dalam operasi mengeluarkan sepasang suami isteri yang terperangkap di dalam kereta akibat dihempap pokok di Jalan Terap, Bandar Baharu pada pagi ini.

BANDAR BAHARU – Sepasang suami isteri cemas apabila kereta dinaiki mereka dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Terap, Sungai Tengas, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu, pemandu kereta jenis Proton Wira Aeroback cedera ringan manakala isterinya yang duduk di tempat penumpang hadapan dilaporkan patah pergelangan tangan kanan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Faiz Helmi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 8.22 pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, sebatang pokok sebesar satu pemeluk didapati tumbang melintang jalan dan menghempap sebuah kereta.

“Kejadian berlaku kereta dinaiki pasangan suami isteri berusia 51 dan 58 tahun itu sedak bergerak dari arah Kampung Sungai Tengas ke Kampung Terap,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pegawai operasi kemudian menggunakan peralatan khas, gergaji berantai, cutter dan spreader hydraulic untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan.

“Mangsa diberikan rawatan awal di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Kulim dengan jentera EMRS untuk rawatan lanjut,”ujarnya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI