fbpx

PRU15: Jangan guna pendekatan kempen ‘fitnah’ – Yakub Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yakub ketika berucap sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Sepanggar di Kampung Darau. -Foto Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sepanggar, Datuk Yakub Khan mengingatkan semua pihak bertanding dalam parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) agar tidak menggunakan pendekatan kempen boleh mencetuskan perbalahan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, calon-calon haruslah melaksanakan proses kempen secara berhemah dan menabur fitnah untuk menjatuhkan calon parti lain.

“Menabur fitnah demi untuk melindungi kesilapan yang sudah dilakukan mereka sewaktu menjadi kerajaan sebelum ini. Menutup kelemahan dengan menunding jari kepada orang lain bukanlah suatu perkara yang baik.

“Sebaliknya, calon-calon bertanding mewakili semua parti harus menawarkan apa yang kita boleh berikan kepada rakyat Sabah.

“Kita berharap menerusi pendekatan seumpama ini, rakyat mempunyai kesedaran siapa calon yang terbaik untuk mereka pilih untuk mewakili rakyat di Parlimen Sepanggar,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Sepanggar malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab berkaitan video tular membabitkan dirinya yang memperlihatkan seolah-olah beliau menolak pertanyaan seorang individu sekali gus didakwa memerlihatkan sikap sombong.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI