PETALING JAYA – Gempa bumi kuat berukuran 6.3 skala Richter menggegarkan kawasan berhampiran pantai di Chile hari ini.
Kejadian pada pukul 10.24 pagi itu dilaporkan berpusat pada jarak 85 kilometer (km) Selatan dari Concepción, Chile.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, gempa bumi itu berlaku di 37.5 darjah selatan dan 73.5 darjah barat.
“Kedalaman gempa bumi tersebut direkodkan sejauh 10 km.
“Bagaimanapun,tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE