fbpx

Louis Van Gaal gugurkan tiga pemain bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN GAAL ambil pendekatan berani mati apabila mempertaruhkan trio yang tiada kaps antarabangsa pada Piala Dunia Qatar 2022. – AFP

THE HAGUE – Pengendali Belanda, Louis van Gaal mengambil keputusan berani menggugurkan beberapa nama berprofil tinggi dalam senarai akhir 26 pemain menghadapi Piala Dunia Qatar pada 20 November ini.

Antara nama menjadi mang­sa ialah penjaga gol Valencia, Jasper Cillessen; Donny van de Beek (Manchester United), Sven Botman (Newcastle United) dan Ryan Gravenberch (Bayern Munich).

Sebaliknya, Van Gaal, 71, mempertaruhkan trio yang tiada kaps antarabangsa peringkat senior iaitu penjaga gol Heerenveen, Andries Noppert, Xavi Simons (PSV Eindhoven) dan Jeremie Frimpong (Bayer Leverkusen).

Begitupun, bekas pengendali United itu masih mempunyai ramai pemain yang boleh memainkan peranan penting seperti trio pertahanan kebal, Virgil van Dijk, Nathan Ake dan Matthijs de Ligt.

Jentera serangan The Oranje bakal diketuai Memphis Depay, Frenkie de Jong dan Cody Gakpo yang mencipta sensasi sehinggakan mendapat pelbagai tawaran daripada kelab-kelab gergasi Eropah.

“Matlamat peribadi saya ialah menjadi juara dunia dan saya mahu para pemain berfikir mereka juga boleh melakukannya. Inilah yang saya mahukan walaupun ia kelihatan seperti sombong.

“Saya tidak melakukannya untuk diri sendiri tetapi buat bola sepak Belanda. Pemain perlu mempunyai mentaliti ini jika mereka mahu menang,” kata Van Gaal.

Kempen Piala Dunia kali ini menjadi tugas terakhir Van Gaal yang awal tahun ini menerima rawatan untuk kanser prostat, sebelum tempatnya digantikan oleh Ronald Koeman.

Sebagai rekod, Belanda yang tidak pernah muncul juara dengan pencapaian terbaik adalah tempat ketiga edisi 2014, diundi dalam Kumpulan B bersama tuan rumah Qatar, Ecuador dan Senegal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI