fbpx

Kosmetik timbang kilo laris sebab ada permintaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI – Produk kosmetik yang mengandungi merkuri dan bahan kimia terlarang akan terus berada di pasaran selagi mendapat permintaan daripada pengguna di negara ini.

Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim berkata, ada pengguna yang sanggup membeli produk kosmetik luar negara yang diharamkan Kementerian Kesihatan (KKM) secara dalam talian kerana percaya dengan keberhasilan produk tersebut.

Katanya, pelbagai hebahan telah dibuat pihak KKM mengenai kesan bahaya produk tersebut, namun masih mendapat permintaan pengguna yang ingin cantik segera.

“Kita (CAP) juga ada menjalankan kajian ke atas puluhan produk kosmetik yang ­me­ngan­dungi merkuri dan bahan kimia berbahaya sejak 1983, terutama krim muka dari Thailand dan Indonesia.

“Bagaimanapun, produk-produk tersebut kini bukan sahaja boleh didapati dari dua negara jiran itu, tetapi juga dari China dan Taiwan yang boleh dibeli secara dalam talian melalui pelbagai platform e-dagang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, hasil ujian ke atas produk itu mengesahkan terdapat kandungan merkuri dan bahan lain yang bertindak sebagai peluntur bagi memu­tihkan kulit.

“Produk ini bukan sahaja bahaya untuk kulit, malah turut boleh merosakkan buah pinggang dan menjejaskan janin bagi wanita hamil,” ujarnya

Katanya, CAP juga pernah menerima satu aduan pengguna berkaitan produk komestik yang dibeli secara dalam talian dari China kira-kira dua tahun lalu.

“Produk itu tidak mengandu­ngi merkuri, tetapi bahan lain yang memerlukan pengguna memakai secara berterusan dan sekiranya berhenti, menyebabkan kulit mengalami kegatalan dan rosak,” jelasnya.

Justeru, pihaknya menasihatkan pengguna lebih bijak dalam memilih produk kecantikan yang menjanjikan kesan cepat.

“Selain itu, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) boleh mengambil tindakan de­ngan menyekat penjualan produk-produk ini di media sosial dan di platform e-dagang.

“CAP juga kini dalam proses menyiapkan laporan mengenai beberapa produk kecantikan yang telah kami kaji dan me­ngandungi merkuri serta bahan kimia berbahaya,” jelasnya.

Kosmo! kelmarin melaporkan hanya kerana mendambakan wajah yang halus mulus dan licin bak kulit telur, masih ramai wanita menggunakan produk kecantikan ‘timbang kilo’ meskipun mengetahui produk itu mengandungi pelbagai bahan kimia termasuk merkuri. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI