fbpx

Remaja 15 tahun terjatuh jambatan ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan keselamatan mengalihkan mayat seorang remaja lelaki yang ditemui lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Yayasan Sabah semalam ditemui lemas berhampiran Menara Kinabalu.

KOTA KINABALU – Seorang remaja lelaki yang hilang selepas terjatuh Jambatan Yayasan Sabah semalam ditemui lemas berhampiran Menara Kinabalu di sini hari ini.

Mayat mangsa, Edgar Edelson Ajintap, 15, ditemui pada pukul 7.35 pagi oleh nelayan sebelum melaporkan penemuan itu kepada Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bergegas ke lokasi dan menemui mayat mangsa dalam keadaan terapung.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah berkata, operasi pencarian hari kedua disambung semula pada pukul 6.30 pagi tadi.

“Operasi mencari dan menyelamat dijalankan dengan kaedah ‘surface’ menggunakan bot di sekitar kawasan kejadian hingga ke Sungai Likas. Mangsa ditemui di hadapan bangunan Menara Kinabalu kira-kira satu kilometer dari PKTK.

“Identiti mangsa disahkan oleh keluarganya yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi semalam, seorang saksi mendakwa melihat seorang lelaki terjatuh sebelum membuat laporan. Pasukan bomba yang tiba di lokasi melancarkan operasi SAR namun gagal menemui mangsa sebelum operasi ditangguhkan petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI