fbpx

Eropah hampiri kegawatan ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk beratur untuk membeli-belah di luar sebuah pasar raya di Milan, Itali, pada 11 Mac 2020. – AFP

BRUSSELS, BELGIUM – Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran bahawa negara-negara blok itu diramal mengalami kegawatan ekonomi pada musim sejuk kali ini ketika Brussels menaikkan unjuran inflasi bagi 2022 dan 2023, kesan daripada lonjakan harga tenaga.

Eropah kini masih bergelut dengan kejutan ekonomi ekoran konflik peperangan Russia dan Ukraine, yang telah menyebabkan lonjakan dalam kos tenaga serta memberi kesan kepada kos sara hidup isi rumah.

Menurut Suruhanjaya Eropah, peningkatan dalam ketidakentuan dan harga barangan diramal melonjak ke tahap tertinggi sekali gus bakal menyebabkan kebanyakan negara ahli mengalami kemelesetan ekonomi pada suku terakhir tahun ini.

“Penyusutan aktiviti ekonomi diramal berterusan pada suku pertama 2023. Namun, pertumbuhan disasar kembali berlaku pada musim bunga tahun depan.

“Dengan gelombang kejutan ekonomi yang masih menahan permintaan, aktiviti ekonomi dijangka lemah dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) diunjur hanya berkembang 0.3 peratus tahun depan,” kata badan eksekutif blok tersebut.

Tambah suruhanjaya itu, negara dengan ekonomi terbesar EU, Jerman, diramal paling teruk terjejas dengan penguncupan ekonomi sebanyak 0.6 peratus tahun depan.

Secara keseluruhan, KDNK blok itu bagi tahun ini disasar berkembang pada 3.2 peratus selepas mencatatkan beberapa bulan yang kukuh sebelum ini.

Komisioner Ekonomi EU, Paolo Gentiloni berkata, impak lonjakan harga tenaga serta inflasi yang berleluasa kini memberi kesan kepada ekonomi blok itu.

“Kita berdepan dengan bulan-bulan yang sukar,” kata beliau.

Gentiloni turut mengeluarkan amaran bahawa gangguan ekonomi akibat konflik peperangan di Ukraine adalah masih jauh untuk tamat.

Sementara itu, Brussels turut menyasarkan kadar inflasi meningkat kepada 8.5 peratus bagi tahun ini, satu mata lebih tinggi berbanding yang diramal sebelumnya.

Bagi 2023, ia dijangka menurun kepada 6.1 peratus, dua mata lebih tinggi daripada yang diramal sebelum ini.

“Inflasi kekal meningkat lebih pantas daripada yang diramal, namun kami percaya bahawa kemuncaknya kian hampir, berkemungkinan besar hujung tahun ini.

“Kami mengunjurkan pengurangan inflasi yang amat beransur-ansur disebabkan kadar tahun depan diramal masih tinggi,” kata Gentiloni.

Bank Pusat Eropah (ECB) pada Oktober lalu meramalkan kegawatan ekonomi benua itu bakal berlaku ‘tidak lama lagi’, ketika ia mengumumkan kenaikan kadar faedah ke tahap tertinggi iaitu 1.5 peratus bagi mengekang inflasi daripada terus melonjak akibat konflik di Ukraine. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI