PETALING JAYA – Penduduk di kawasan rendah dinasihatkan agar terus berwaspada susulan amaran ribut petir dan hujan lebat petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, keadaan cuaca buruk itu diramalkan berlanjutan sehingga pukul 5 petang nanti.
Ia melibatkan keseluruhan kawasan di Perlis dan beberapa di Kedah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.
“Perak pula melibatkan Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala Pahang meliputi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin.
“Bagi Selangor, hujan lebat tertumpu di Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang,” katanya.
Dalam pada itu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran sama di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
“Selain itu, di Sarawak membabitkan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Sabah pula melibatkan Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” ujarnya.
Tambahnya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE