fbpx

PRU15: Gelombang baharu sokongan pengundi Cina, India terhadap BN – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) bertemu dengan orang ramai di Fiesta Balik Bagan Datuk Jom Balik Mengundi di Jeti Waterfront Bagan Datuk hari ini. - Foto AINSAFRE BIDIN

BAGAN DATUK – Selepas seminggu kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Barisan Nasional (BN) mendapati terdapat gelombang baharu sokongan pengundi Cina dan India terhadap parti tersebut.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peningkatan ketara dapat dilihat di kalangan pengundi India dengan setakat ini kemungkinan berada pada tahap 45 peratus.

Jelasnya, perubahan sokongan itu disebabkan pengundi kedua-dua kaum itu telah serik dengan kegagalan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan dan kemudian 17 bulan di bawah Perikatan Nasional (PN).

“Saya amat teruja dalam lawatan ke beberapa kawasan Parlimen ditandingi calon BN dan (perubahan sikap ini) merupakan gelombang baharu atas kegagalan dua kerajaan terdahulu selepas PRU-14,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Balik Bagan Datuk Jom Balik Mengundi di Jeti Waterfront Bagan Datuk di sini hari ini.

Sehubungan itu, Presiden UMNO tersebut meminta seluruh jentera dan calon BN menggandakan usaha untuk baki seminggu tempoh berkempen bagi meraih lebih banyak sokongan terhadap parti tersebut.

Beliau percaya PRU15 adalah masa untuk mengubat kerinduan pengundi pelbagai kaum di seluruh negara untuk melihat BN kembali memerintah negara.

Menurut beliau, kaedah berkempen telah diberitahu di seluruh negara melalui sistem sedia ada dalam ‘bilik perang’ yang telah mengaktifkan semua maklumat ke seluruh ‘bilik perang’ setiap negeri dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) berdasarkan lokaliti.

“Kita telah melipat gandakan usaha bukan sahaja kempen dari pintu ke pintu tetapi juga mengambil kira daripada ‘kiraan kepala’ pengundi-pengundi,” ujar beliau.

Mengenai sokongan pengundi Melayu, Ahmad Zahid memaklumkan sokongan orang Melayu sentiasa menunjukkan peningkatan dan disifatkan sebagai ‘pengundi putih’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI