fbpx

Lelaki ditahan buat provokasi pasang bendera parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KEMAMAN – Gara-gara melakukan provokasi kerana tidak berpuas hati dengan pemasangan bendera sebuah parti politik di sekitar bandar Chukai di sini, seorang lelaki ditahan polis pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 30-an tersebut ditahan pada pukul 8 malam bagi membantu siasatan.

“Sebelum itu, kita terima aduan lelaki terbabit berselisih faham berhubung pemasangan bandera parti politik sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Dia didakwa melakukan provokasi dan tangkapan telah dilakukan bagi meredakan keadaan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, suspek ditahan reman selama empat hari sehingga lusa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dilakukan memastikan sama provokasi itu mengandungi ugutan jenayah mahupun kekerasan.

“Saya harap penyokong parti politik berkelakuan baik dan tidak menimbulkan provokasi serta kekacauan sepanjang tempoh kempen PRU15,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI