fbpx

PRU15: Jangan amal politik sempit – Hishammuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HISHAMMUDDIN (kanan) menunaikan permintaan sebuah keluarga untuk bergambar ketika hadir pada majlis Joms Santai Orang Muda Sembrong di Ngepot Kabin di Kluang malam tadi.

KLUANG – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan agar berpolitik secara sihat dan tidak mengamalkan politik sempit dengan menyebarkan perkara berunsur fitnah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kenyataan kononnya anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dibayar sebanyak RM300 seorang untuk mengundi adalah karut.

Katanya, Anwar sendiri tahu bahawa bukan hanya anggota tentera yang mengundi secara pos namun banyak lagi agensi kerajaan lain turut melalui proses sama untuk membuang undi.

“Bukan hanya anggota tentera, malah masyarakat awam juga marah dengan kenyataan itu kerana (dilihat) cuba merendahkan kredibiliti pasukan keselamatan negara.

” Jangan hanya untuk kepentingan politik dia (Anwar) sanggup untuk mengeluarkan kenyataan tidak berasas sama sekali,”katanya.

Hishammuddin yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sembrong berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anwar yang disiarkan sebuah portal berita kononnya terdapat kem tentera terutamanya di Bera, yang melaksanakan undian awal selain dikatakan dibayar RM300.

Sebelum itu, Hishammuddin bersama Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kluang, Gan Ping Sieu hadir ke majlis Joms santai orang muda Sembrong di Ngepot Kabin di Kluang malam tadi.

Dalam pada itu, Hishammuddin turut menyatakan bahawa ATM sudah bersedia sepenuhnya untuk berhadapan dengan bencana banjir sekiranya berlaku pada bila-bila masa.

Ujarnya, sebelum parlimen dibubarkan lagi Mindef sudah menyatakan kesediaan untuk membantu mangsa banjir dengan meletakkan pasukan bertanggungjawab di setiap kawasan penempatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI