fbpx

PRU15: KJ mahu kembalikan UMNO sebagai parti bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin ketika berucap pada Majlis Makan Malam Silaturahim anjuran Pertubuhan Amal Kebajikan Agama dan Masyarakat (Perakam) di Kelab Putra Rahman, Sungai Buloh, hari ini.

SUNGAI BULOH – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meluahkan hasratnya untuk mengembalikan semula UMNO sebagai sebuah parti yang bersih seperti suatu masa dahulu.

Penyandang kerusi Parlimen Rembau itu berkata, bukan beliau sahaja yang mempunyai hasrat sedemikian, malah turut melibatkan beberapa ahli UMNO lain.

“Sekarang ini ramai yang saya jumpa maklumkan kepada saya bukan mereka tidak suka UMNO tetapi tidak berkenan dengan beberapa, ahli di dalamnya (UMNO).

“Ini kenyataan, ini realiti dan bukan saya seorang tapi dengan rakan-rakan lain nak kembalikan UMNO menjadi sebuah wadah orang Melayu yang orang Melayu sendiri rasa mulia dan bersih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Silaturahim anjuran Pertubuhan Amal Kebajikan Agama dan Masyarakat (Perakam) di Kelab Putra Rahman, di sini, hari ini.

Jelasnya, apabila UMNO mampu membuat satu perubahan serta mempunyai barisan pemimpin yang bagus, ia akan dapat mengembalikan semula kepercayaan orang Melayu terhadap parti itu seperti sebelum ini.

“Kalau hendak lihat perubahan dan melihat pemimpin yang bagus, rajin, bersih dan yang boleh buat kerja serta kalau pergi pentas antarabangsa kita tidak rasa malu, kena tolong saya.

“Ini bukan soal menang di Sungai Buloh sahaja, ini hendak bawa perubahan besar pada negara, parti saya sendiri supaya orang Melayu ada pilihan yang dia rasa bangga ini wadah politik terbesar dalam negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI