fbpx

Adik kandung ‘naik hantu’ abang dijamin kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Tidak dapat menerima kenyataan abang bebas dijamin keluarga, adik kandung bertindak mengeluarkan kata-kata ugutan dan memecahkan barang serta turut memegang pisau dalam kejadian di kediaman mereka di Jalan Maju 1/9 Taman Lembah Maju, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa berusia 36 tahun yang juga abang kepada suspek terdengar adiknya mengamuk di dalam rumah sekitar pukul 12 tengah hari, hari ini.

“Ketika itu, suspek mengeluarkan kata-kata ugutan dan bertindak memecahkan kesemua barang di dalam rumah serta memegang pisau.

“Mangsa yang juga pemandu teksi mengalami kerugian kerosakan pada perabot, pintu, siling dan atap di dalam rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut mangsa, suspek bertindak demikian kerana tidak puas ahli keluarga telah menjamin mangsa yang ditangkap atas kesalahan memiliki dadah pada Rabu minggu lalu, di sini.

Hasil laporan berkenaan, polis telah menangkap suspek yang juga penganggur berusia 28 tahun itu di sekitar Pandan Indah, di sini, pada hari yang sama sekitar pukul 12.45 tengah hari.

“Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau atas kesalahan dadah dan permohonan reman akan dipohon esok di Mahkamah Ampang.

“Kes disiasat diabawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI