fbpx

Penerbangan Thailand paling tepati masa di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENAM syarikat penerbangan rantau Asia Pasifik berjaya mendominasi kedudukan 10 teratas dalam senarai syarikat penerbangan paling menepati masa. – Thaiger

BANGKOK – Dua syarikat pe­nerbangan Thailand dinobatkan sebagai antara yang paling ‘menepati masa’ di dunia pada September lalu, lapor laman berita Thaiger.

Perkara itu terkandung dalam senarai 10 Syarikat Penerba­ngan Paling Menepati Masa yang di­susun menggunakan data sebenar daripada pangkalan data penerbangan Official Airline Guide (OAG).

OAG yang berpangkalan di Britain, menyediakan data pe­nerbangan paling tepat dan penuh­ dengan maklumat.

Penerbangan yang berlepas dalam lingkungan 15 minit dari masa yang dijadualkan, dianggap menepati masa.

Penerbangan sebaliknya berlepas 15 minit atau lewat dari­pada waktu yang ditetapkan.

Bangkok Airways muncul syarikat penerbangan ketiga paling menepati masa di dunia, manakala syarikat Thai AirAsia tersenarai di tempat kelapan.

Syarikat penerbangan rantau Asia Pasifik mendominasi senarai itu apabila menduduki enam daripada 10 tempat teratas. 

Data itu mewakili sekurang-kurangnya 80 peratus daripada semua penerbangan berjadual yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan di serata dunia.

Kedudukan 10 teratas senarai berkenaan adalah Eurowings (Jerman), Garuda Indonesia (Indonesia), Bangkok Airways (Thailand), Fuji Dream Airlines (Japan), Safair (Afrika Selatan), Jeju Airlines (Korea Selatan), Oman Air (Oman), Thai AirAsia (Thailand), Uni Airways (Taiwan) dan South African Airways (Afrika Selatan). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI