fbpx

Lift Me Up, bayangan Oscar pertama Rihanna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menerusi Lift Me Up, Rihanna berpotensi menjadi pesaing sengit penyanyi-penyanyi hebat lain seperti Lady Gaga untuk bertanding kategori Lagu Skor Terbaik dalam Academy Awards akan datang.

BERSTATUS single soundtrack perdana filem paling dinanti untuk tahun 2022 bertajuk Black Panther: Wakanda Forever, lagu Lift Me Up nyanyian Rihanna mengubat kerinduan ramai figura itu setelah kali terakhir melancarkan material muziknya enam tahun lalu.

Lift Me Up ciptaan Rihanna sendiri bersama beberapa komposer lain mencipta kejayaan komersial dengan meroket di tangga kedua carta lagu popular di Amerika Syarikat, Billboard Hot 100.

Penulis berasakan lagu berentak perlahan atau balada itu mempunyai peluang besar untuk Rihanna ‘mengaut’ sesuatu dalam acara berprestij dunia, Academy Awards edisi akan datang.

Jika situasi itulah yang terjadi, Lift Me Up akan memberi saingan kepada lagu-lagu yang dijangka akan menerima pencalonan dalam kategori Lagu Asal Terbaik termasuklah soundtrack filem Top Gun: Maverick berjudul Hold My Hand nyanyian Lady Gaga.

Nukilan lirik, ‘mesej’ budaya

Lift Me Up terkandung kualiti yang dicari dalam sesebuah karya untuk layak dinobatkan lagu terbaik. Mengapa? Pertama sekali, dari segi nukilan lirik, sememangnya single berkenaan sarat dengan emosi mudah berhubung dengan setiap pendengar.

Seperti jiwa yang galau sedang berdepan kehilangan, lagu tersebut seumpama mewakili mereka yang sedang berdepan situasi berkenaan.

Lagu berkenaan juga sangat cocok dengan mesej yang dibawa filem Wakanda Forever, sementelah muziknya diadun sempurna sesuai melambangkan budaya penduduk Wakanda yang sinonim dengan orang kulit hitam..

Menyentuh tentang komposisi muzik, ramai yang berpendapat bahawa elemen tersebut tidak terlalu gah dalam Lift Me Up, sekali gus membuatkan lagu tidak melekat dalam minda.

Vokal merdu, permainan muzik tidak ‘mega’

Buat penulis secara peribadi, Lift Me Up bukanlah sebuah lagu runut bunyi seperti dalam filem James Bond yang memerlukan permainan orkestra berdentam-dentum. Cukuplah dengan apa sahaja instrumen muzik biasa dan kejujuran lagu disampaikan dengan baik.

Seperkara lagi, disebabkan lagunya tidak terlalu ‘besar’ sebaliknya menonjolkan kemerduan vokal Rihanna yang sememangnya diakui sejak bermula, namun mula dilupakan apabila dia cenderung menerusi lagu-lagu berentak rancak.

Sejujurnya, Lift Me Up mengukir satu lagi mercu tanda dalam kerjaya seni Rihanna yang mekar dengan perihal-perihal indah sukar dilupakan.

Semestinya dan penulis positif bahawa lagu tersebut akan menjadi lagu pertama penyanyi itu dicalonkan dalam acara besar seperti Academy Awards.

Tidak mustahil juga ‘merampas’ trofi dari tangan prospek hebat seperti Lady Gaga dan beberapa penyanyi ternama lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI