fbpx

Dasar Penggunaan PKC mampu lonjak industri ternakan negara – KPPK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sedang menyediakan Dasar Penggunaan Dedak Isirung Sawit (PKC) sebagai langkah untuk memastikan industri makanan haiwan ternakan di negara ini terus berkembang selain mengurangkan kebergantungan kepada bahan import.

Dasar tersebut akan kawal selia oleh agensi dibawah KPPK iaitu Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).

Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, berdasarkan kajian Mardi kos penggunaan PKC berbanding rumusan konvensional mampu menjimatkan kira-kira 15.42 peratus atau bersamaan RM83.75 juta bagi sektor ruminan dan 22.53 peratus (RM182.18 juta) bagi sektor unggas pada tahun 2019.

Beliau berkata, pasaran tempatan hanya memerlukan bekalan PKC sebanyak 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluarannya dan sehingga Jun lalu sebanyak 1,165,588 tan dianggarkan bernilai RM686.7 juta telah dikeluarkan.

“Sebanyak 1,199,912 tan PKC bernilai RM667.8 juta telah dieksport antaranya ke New Zealand, Pakistan, Korea Selatan, China, Arab Saudi, Australia dan lain-lain negara.

“Justeru, dengan adanya dasar ini kelak, ia bukan sahaja dapat mengawal selia PKC dari sudut pengeluaran dan penggunaannya malah satu mekanisme berdasarkan kuota bagi tujuan eksport akan diperkenalkan bagi menjamin bekalan di pasaran tempatan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI