fbpx

GTA mahu Malaysia kembali jadi Harimau Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Dr. Mahathir

PETALING JAYA – Lima objektif dan matlamat utama menjadi taruhan Gabungan Tanah Air (GTA) bagi menawarkan khidmat mereka jika dipilih sebagai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, lima objektif tersebut adalah salah satunya; menubuhkan kerajaan yang berwibawa dan bertanggungjawab.

“Kedua, jika diberikan kemenangan pada PRU nanti kami juga berjanji akan menubuhkan sebuah kerajaan yang bebas rasuah dan ketiga kerajaan yang pegang prinsip bersih, cekap dan amanah sebagai teras keseluruhan pentadbiran.

“Keempat, kami sebagai kerajaan yang akan menebus keadaan ekonomi Malaysia dan kembali semula gelaran ‘Harimau Asia’ dan kelima kerajaan yang berprisnsip, berintegriti dan mempertahankan kedaulatan undang-undang,” jelas beliau dalam satu Pengumuman Khas Janji Kami: Agenda Baharu Malaysia, Gerakan Tanah Air- Pejuang sebentar tadi.

Tambah Tun Dr. Mahathir lagi, pihaknya percaya jika kerajaan yang ditubuh memegang prinsip-prinsip tersebut kebajikan rakyat akan boleh dipenuhi.

“Selain itu rakyat dari setiap masyarakat akan mendapat keadilan yang sewajarnya dan tidak akan ada keadilan terpilih ataupun kumpulan kayangan yang diberi keistimewaan tanpa gari manakala rakyat biasa digari.

“Kebebasan rakyat sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan akan dihormati sepenuhnya, ini bermakna hak bukan Melayu dan hak Bumiputera seperti yang termaktub dalam perlembagaan akan dipertahankan.

“Inilah janji kami, janji ini mampu dan pasti kami penuhi jika diberi peluang mendirikan kerajaan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI