fbpx

Tidak sedar peluru tertanam di leher selama hampir 80 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZHAO tidak menyedari ada sebutir peluru tertanam pada lehernya. - Viral Press

BEIJING – Keputusan imbasan X-ray ke atas seorang bekas askar di China mendedahkan penemuan mengejutkan berupa sebutir peluru tertanam di lehernya selama hampir 80 tahun, lapor akhbar Daily Star semalam.

Peluru itu menembusi leher Zhao He, kini 95 tahun, semasa Perang Dunia Kedua. Dia tidak menyedari keberadaan peluru itu sehingga ditemui oleh kakitangan perubatan sebuah hospital di wilayah Shandong.

Menantu lelaki Zhao, Wang berkata, bapa mentuanya tidak sedar bahawa dia pernah terkena tembakan di leher dan beberapa tembakan lain di badannya. Parut kecederaan semasa perang juga masih kekal di badannya.

“Dia (Zhao) cedera semasa membawa rakan seperjuangan lain  yang cedera menyeberangi sebatang sungai dalam salah satu pertempuran. Terdapat serpihan lain di dalam badannya juga,” kata Wang.

Seorang pakar perubatan memaklumkan bahawa peluru itu tidak menjejaskan kesihatan Zhao walaupun telah tertanam selama 77 tahun. Peluru itu tidak akan dikeluarkan disebabkan faktor usia Zhao dan sebarang pembedahan akan mengundang risiko.

“Saya sihat selama ini dan tiada sebab untuk mengubah keadaan sekarang,” kata Zhao.

Veteran itu menyertai pasukan tentera China semasa masih remaja. Dia berjuang dalam dua peperangan termasuk Perang Korea pada tahun 1950-an dan berada di pihak Korea Utara untuk menentang Amerika Syarikat (AS) dan tentera Korea Selatan.

Zhao kemudian bersara dan menjadi pekerja di beberapa kilang tempatan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI