fbpx

Status vaksin Covid-19 antara dibincang Kementerian Luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Status pengeluaran vaksin Covid-19 negara China antara perkara yang akan dibincangkan dalam lawatan dua hari Kementerian Luar China ke negara ini mulai esok.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kolaborasi pasca-pandemik Covid-19 juga akan dibincangkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan rakan sejawatannya, Wang Yi.

Katanya, kedua-dua pemimpin itu akan menyentuh mengenai isu-isu semasa membabitkan kepentingan bersama di peringkat serantau dan antarabangsa serta hubungan dua hala kedua-dua negara.

“Selain itu, antara yang dibincangkan termasuklah pengukuhan hubungan serta kerjasama sedia ada antara kedua-dua negara termasuk memperkasa kerjasama ekonomi,” katanya di sini hari ini.

Katanya, lawatan Wang Yi akan dilaksanakan dengan pematuhan sepenuhnya langkah pencegahan dan kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Ia juga akan mengikut prosedur operasi standard yang diluluskan Mesyuarat Khas Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 1 dan 3 Oktober lalu.

“Semua ahli delegasi China perlu mengemukakan bukti saringan negatif Covid-19 yang dibuat tiga hari sebelum tiba di Malaysia dan kehadiran hanya dibenarkan menerusi kapal terbang persendirian.

“Mereka juga perlu menjalani ujian calitan kedua sebaik tiba di pintu masuk antarabangsa sebelum diiringi ke hotel, seterusnya ke lokasi acara dan ke lapangan terbang semula untuk pulang ke China,” katanya.

Lawatan rasmi terakhir Wang Yi ke Malaysia adalah pada tahun 2018. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI