fbpx

PRU15: Saya tahu kena keluar Parlimen Rembau – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin (kiri) beramah mesra bersama kakitangan SME Aerospace Sdn. Bhd. di Sungai Buloh, hari ini.

SUNGAI BULOH – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui beliau perlu melakukan inisiatif sendiri demi memastikan kedudukannya dalam politik ini kekal stabil.

Penyandang kerusi Parlimen Rembau itu berkata, beliau sendiri tampil berjumpa dan berbincang dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar serta Presiden MIC, Datuk Seri S. Vigneswaran untuk bertanding di Sungai Buloh.

“Saya tiada lagi pilihan sebab pucuk pimpinan parti pun tidak memberi apa-apa isyarat kepada saya untuk pergi ke mana-mana kawasan saya ditinggal begitu sahaja.

“Saya tahu saya kena keluar daripada kawasan Parlimen Rembau jadi pada waktu saya tidak ada pilihan saya perlu lakukan sesuatu untuk diri saya, saya mengambil inisiatif untuk berjumpa Tan Sri Noh Omar dan Vicky.

“Semasa itu sudah tak banyak kerusi (Parlimen) yang kosong hanya dua tiga yang tinggal saya kata tak apalah saya pilih Sungai Buloh, nak kata daripada awal saya pilih bukan saya memang tunggu isyarat daripada pucuk pimpinan tetapi tidak ada apa-apa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menjawab kepada isu adakah Khairy Jamaluddin membelakangkan Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, beliau berkata ia tidak sepatutnya timbul kerana tiada sebarang perbincangan dilakukan.

“Macam mana pula saya membelakangkannya (Ahmad Zahid). Sebab saya tidak diberi apa-apa isyarat dan tidak dijemput untuk bincang jadi dalam keadaan tarikh penamaan calon menghampiri, saya kena buat sesuatu untuk diri saya.

“Jadi saya mabil inisiatif bincang dengan Tan Sri Noh dan beliau hubungi saya kata kalau tidak ada tempat lagi dah kenapa tidak awak datang ke Selangor.

“Untuk kata saya minta betul, tapi saya yang kena usahakan untuk mendapatkannya sebba tidak ada kerusi lagi dah. Tapi saya tak nak bertelagah dengan Presiden pokok pangkalnya saya datang ke sini mewakili BN,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI