fbpx

Budak lelaki hasilkan video ‘stop motion’ buat netizen kagum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang budak lelaki sedang merakam video ‘stop motion’ permainan lego minecraft.

PETALING JAYA – Aksi seorang budak lelaki yang sedang tekun membuat video ‘stop motion’ permainan lego minecraft di telefonnya undang rasa kagum orang ramai.

Perkongsian video dengan kapsyen ‘Adi buat Stop Motion’ yang dimuat naik di TikTok @timbalan_opah yang dipercayai ibu kepada budak lelaki tersebut menyaksikan ketekunan anaknya menghasilkan video ‘stop motion’ yang menggunakan lego minecraft sebagai jalan cerita.

Sementara video itu tular, orang ramai telah memberikan pelbagai reaksi termasuklah rasa kagum dengan kepintaran budak lelaki tersebut dalam menghasilkan video sedemikian biarpun masih di awal usia.

“Aku dulu masa masuk diploma baru belajar benda ini semua, budak sekarang cerdik sungguh, hebat adik!,” komen seorang pengguna TikTok.

“Nampak macam senang tetapi hendak perah otak fikir jalan cerita itu susah, terbaik Adik!,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

“Tahniah adik, awak tidak sia-siakan teknologi yang ada sekarang, perbanyakkan lagi video adik, abang janji abang akan beri sokongan,” tulis pengguna TikTok yang lainnya.

Dalam sudut pandang yang lainnya, terdapat juga orang ramai yang menasihati ibu kepada budak lelaki tersebut supaya memberi galakan dan sokongan penuh kepada minat anaknya.

“Akak tolong ‘support’ dia kak, ‘stop motion’ ini perlu imaginasi tinggi untuk buat, ini silap-silap boleh buat animasi suatu hari nanti,” tulis pengguna TikTok di ruangan komen.

“Sokong dia akak!, ada rezeki dia pandai dan hebat boleh buat filem kak. Filem Pinocchio yang baru keluar itu pun 100% ‘stop motion’ kak, cerah masa depan,” komen seorang pengguna lagi.

Setakat ini, video tular tersebut telah mendapat lebih 100,000 tontonan, 11,100 tanda suka dengan 300 perkongsian dan dihujani dengan pelbagai kata semangat dan sokongan daripada orang ramai. – KOSMO! ONLINE[

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI