fbpx

Penutupan LRT Laluan Kelana Jaya elak kemalangan berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azharuddin (dua dari kanan) pada sidang akhbar ditayangkan pada Facebook Rapid KL hari ini.

PETALING JAYA – Penutupan Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid Rail Laluan Kelana Jaya perlu dibuat bagi mengelakkan berlakunya kejadian kemalangan seperti yang pernah berlaku pada Mei tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd. Azharuddin Mat Sah berkata, penutupan itu juga tidak dapat dielakkan kerana pihaknya perlu memberi keutamaan kepada keselamatan penumpang.

“Kami tidak dapat melihat pergerakan tren tersebut pada skrin, jadi penting untuk kami membuat keputusan menggantung operasi dalam mengambil kira faktor keselamatan pengguna.

“Memang ini menyebabkan rakyat terjejas akibat perkhidmatan tergendala. Tapi kita perlu memberi keutamaan terhadap keselamatan lebih-lebih lagi kita tidak mahu apa yang berlaku pada tahun lalu berulang kembali.

“Sebab itu kita kena buat keputusan penting supaya masalah ini dapat diselesaikan secara kekal,” katanya pada taklimat hari kedua penutupan operasi beberapa stesen LRT Laluan Kelana Jaya hari ini.

Dalam pada itu, beliau mewakili Prasarana dan kumpulan tersebut turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan pengguna pengangkutan awam darat susulan penutupan LRT Lauan Kelana Jaya.

“Seperti yang dikatakan, kita kena beri keutamaan keselamatan dan kita cuba yang terbaik untuk memastikan masalah ini diselesaikan secepat mungkin seterusnya LRT dapat beroperasi,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, sehingga kini sebanyak 100 bas pengantara beroperasi bagi mengambil dan menurunkan penumpang yang mana pihaknya turut menerima bantuan bas pengantara daripada Kerajaan Negeri Selangor serta syarikat Mara Liner Sdn. Bhd. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI