fbpx

150 bekas ahli Bersatu ikrar menangkan calon BN di Jasin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada bekas ahli Bersatu DUN Sungai Rambai yang hadir menyatakan sokongan kepada calon BN, Roslan (dua dari kiri) di Bilik Gerakan BN Parit Putat, Melaka, semalam. Pix/AMRAN MULUP

JASIN – Seramai 150 bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai mengumumkan menyokong dan membantu calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Jasin, Datuk Roslan Ahmad pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketuanya, Mutalib Che Man berkata, keputusan tersebut diambil susulan sebahagian besar ahli Bersatu Bahagian Jasin dan seluruh kepemimpinan Srikandi Melaka mengumumkan keluar parti pada 5 November lalu.

“Selepas pengumuman tersebut seluruh ahli di empat cawangan iaitu Sungai Rambai, Parit Perawas Benteng, Sebatu dan Serkam menyatakan sokongan dan akan memenangkan calon BN bertanding di Jasin.

“Selepas ini ramai lagi bekas ahli Bersatu khususnya bekas Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Jasin, Mustaffar Ahmad dan Ketua Srikandi Bahagian, Azalina Abdul Rahman serta ramai ahli akan turut menyokong BN, tunggulah masa sesuai untuk mereka akan umumkan,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan BN Parit Putat, Sungai Rambai di sini, semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI