fbpx

PRU15: Amanah yakin pertahan 11 kerusi Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mujahid (tengah) bercakap pada sidang akhbar di Parit Buntar hari ini.

PARIT BUNTAR – Parti Amanah Negara (Amanah) yakin mempertahankan 11 kerusi Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, beliau juga yakin Amanah akan menambah bilangan kerusi baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

“Kita yakin dapat pertahankan kerusi parlimen yang telah dimenangi pada PRU14 yang lalu.

“Dengan adanya kebangkitan gelombang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa ini sudah tentu Amanah dapat menambah kerusi kemenangan yang baharu pada 19 November nanti,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Gerakan Induk Pakatan Harapan(PH) Parit Buntar di sini hari ini.

Ketika ditanya apakah parti Amanah akan kekal bersama dengan PH sekiranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjalinkan kerjasama bersama UMNO bagi membentuk kerajaan selepas PRU-15, beliau berkata perkara itu hanyalah sekadar teori sahaja.

“Sukar untuk saya jawab soalan itu kerana ia hanyalah sekadar teori.

“Pada kami, apa yang penting sekarang ialah memberi tumpuan dalam gerak kerja PRU ini supaya PH boleh memenangi kerusi sekurang-kurangnya 112 kerusi supaya kerajaan dapat dibentuk oleh PH. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI