fbpx

PRU15: Jumlah bendera, hadiri ceramah bukan penentu menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin (kanan) ketika mengunjungi Taman Mas Chepor di Ipoh hari ini. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Kehadiran orang ramai pada ceramah dan program dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan penentu dan gambaran kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) itu.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tambun, Datuk Aminuddin Md. Hanafiah berkata, kehadiran ramai itu adalah bersifat subjektif yang mungkin dibawa dari luar untuk membentuk persepsi dalam kalangan masyarakat.

Jelasnya, kemenangan calon yang bertanding hanya akan diterjemahkan melalui jumlah undian pada hari mengundi kelak.

“Corak pemikiran pengundi ini tidak dapat dipastikan hanya dengan melihat kepada jumlah bendera dan berapa ramai orang yang hadir ke ceramah.

“Contoh seperti sebahagian program PH, penyokong yang datang difahamkan adalah mereka yang dibawa dari luar, bukannya orang tempatan. Jadi dari segi kehadiran penonton, nampaklah ramai.

“Bagaimanapun, adakah mereka yang datang ini akan mengundi di Tambun pada 19 November depan? Sebenarnya, ini adalah indikator paling penting bagi tentukan siapa menang di Tambun,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan walkabout di Taman Mas, Chepor di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI