fbpx

Lima pencuri kabel warga asing tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Ridhwan ( kanan) menunjukkan kabel yang dirampas pihaknya.

KUALA LANGAT – Kelicikan lima pencuri warga asing melakukan pecah stor simpanan kabel tidak bertahan lama selepas berjaya diberkas dalam tempoh lapan jam, baru-baru ini.

Kesemua suspek masing-masing warga Kemboja dan Indonesia berusia 33 hingga 51 tahun ditangkap sekitar Banting antara pukul 2.20 hingga 5.10 petang, Sabtu lalu.

Mereka terdahulu melakukan jenayah pecah stor kira-kira pukul 9 pagi hari sama.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan seorang peniaga lelaki berusia 40 tahun menyatakan stor simpanan kabelnya di Banting dipecah masuk pencuri.

Katanya, bertindak maklumat kemudiannya membawa penahanan seorang lelaki di Banting.

“Soal siasat membawa penangkapan empat lagi rakan suspek di sekitar lokasi sama.

“Kita turut merampas antaranya tiga guni berisi gumpalan kabel tembaga telah dibakar, lima gulungan kabel pelbagai warna dan dua batang kabel tembaga dianggarkan kira-kira RM20,000,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Kata beliau, polis turut dirampas kereta jenis Perodua Kancil selain dua motosikal curi jenis Honda Alpha dan RS150R dengan salah satunya dilaporkan hilang di Sepang pada 5 Februari lalu.

Tambahnya, siasatan turut mendapati kumpulan suspek ini aktif sejak dua bulan lalu.

“Semakan mendapati salah seorangnya suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah.

“Mereka kini direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI