fbpx

PRU15: Anggota ATM dilarang berpakaian seragam ketika hadiri ceramah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Asghar Khan memakaikan Pingat Jasa Malaysia kepada veteran ATM di KTU, Alor Setar, hari ini. Foto/ SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilarang memakai pakaian seragam pasukan keselamatan itu sekiranya mahu menghadiri ceramah politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan berkata, anggota boleh menghadiri ceramah tetapi bukan dalam pakaian tentera.

“Anggota juga tidak boleh membawa sepanduk, kain rentang dan perkara-perkara lain yang melibatkan aktiviti parti politik.

“Itu sudah termaktub (peraturan ATM) yang mana kita sudah beritahu kepada mereka dan semua anggota faham tentang perkara ini,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada veteran ATM di Kolej Tentera Udara (KTU) di sini hari ini.

Kata beliau, setiap anggota perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dan setakat ini tiada kes anggota ditahan kerana terlibat dalam aktiviti politik.

“Dalam tentera ini kita sudah ada peraturan yang mana kita ‘apolitical’. Walau bagaimanapun, setiap anggota atau setiap individu mempunyai hak masing-masing untuk mengundi kerajaan yang mereka akan pilih,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI