fbpx

Lori muatan gas amonia terbalik, enam tong bocor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lori membawa 90 muatan tong gas amonia terbalik di jalan utama Sungai Timun-Lubuk China, di sini, pagi tadi sehingga menyebabkan laluan tersebut ditutup di kedua-dua arah lebih tiga jam. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Sebuah lori membawa 90 tong gas amonia terbalik di jalan utama Sungai Timun-Lubuk China, di sini, pagi tadi sehingga menyebabkan laluan tersebut ditutup di kedua-dua arah lebih tiga jam.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Bakarya Mohd Salleh berkata, Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sembilan menerima panggilan kebocoran bahan kimia kira-kira pukul 9.57 pagi.

Menurutnya, anggota dari tiga buah Balai Bomba dan Penyelamat iaitu Kota, Seremban 2 dan Masjid Tanah (Melaka) bersama pasukan khas Unit Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari Masjid Tanah serta Seremban 2 dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar berlaku tumpuhan bahan kimia jenis amonia yang terjatuh daripada lori treler tersebut. Enam dari tong berisi gas amonja dengan berat 68 kilogram bagi setiap satunya didapati telah mengalami kebocoran.

“Pasukan khas HAZMAT telah mengambil bacaan. Pada peringkat awalnya bacaan adalah melebihi 500 ppm (bahagian setiap juta). Setelah dibuat kerja-kerja menutup tumpahan tersebut, bacaan pada lokasi kejadian telah menurun kepada 40 ppm,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Sungai Timun, Lubok China, di sini, tadi.

Ujar Bakarya, pihaknya kini sedang memantau dari sudut bacaan bahan kimia di lokasi kejadian serta menunggu pihak kren dari Tekno Gas bagi mengangkat tong-tong yang mengalami kebocoran.

Dalam pada itu menurutnya, pemandu berusia lingkungan 30an yang membawa lori tersebut dari Melaka ke Sungai Buloh, Selangor tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan menerima rawatan awal dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari segi penafasan, tekanan darah serta dari sudut anxiety setelah terbabit dalam kejadian tersebut.

“Jika dilihat, kesan amonia boleh menyebabkan kecederaan kepada bahagian penafasan manusia. Selain itu, pokok-pokok di kawasan kejadian juga akan mengalami kelayuan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI