fbpx

Bekas tahanan POCA, penganggur ditahan samun klinik gigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zaid menunjukkan senjata yang digunakan suspek ketika samun di sebuah klinik gigi, Bandar Seri Putra, Kajang, isnin lalu.

KAJANG – Baru sahaja dua bulan dibebaskan dari tahanan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), seorang lelaki nekad menyamun sebuah klinik pergigian di Bandar Seri Putra, Bangi, Isnin lepas.

Bagaimanapun, tindakan berani suspek ‘dibantu’ seorang rakannya yang juga penganggur berakhir selepas kedua-duanya ditahan sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang semalam.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu sekitar pukul 1 petang, Isnin lepas.

“Dalam kejadian itu, suspek telah melarikan sebuah Macbook, dua telefon bimbit, wang tunai sekitar RM2,000 dan seutas rantai emas dan keseluruhannya sebanyak RM7,000.

“Namun begitu, kesemua mangsa yang berada di dalam premis tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika berucap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kajang.

Susulan kejadian itu, sepasukan anggota berjaya memberkas dua lelaki tempatan disyaki terlibat di sekitar Kajang pada pukul 4.58 petang, semalam.

“Turut dirampas bersama kedua-dua suspek adalah pelbagai barangan termasuk sebuah Macbook, cincin,rantai emas, sebilah parang, topi keledar dan sebuah motosikal jenis Yamaha R15 yang digunakan semasa aktiviti tersebut.

“Tiga individu lain turut ditahan termasuk isteri suspek berusia lingkungan 22 hingga 47 tahun dan kesemua mereka kini direman selama lima hari sehingga Isnin. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI