KLANG – Pentadbiran bersih di tiga buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kelantan adalah bukti Perikatan Nasional (PN) mampu memacu negara ke arah lebih baik.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, majoriti rakyat harus memilih PN sebagai sebuah parti yang mampu mentadbir negara dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“PN pernah jadi Kerajaan Persekutuan dua tahun lalu dan mampu uruskan negara dengan baik. Namun, tempoh itu tidak mencukupi bagi kita melakukan lebih banyak perkara baik untuk rakyat.
“Kelantan, Terengganu dan Kedah bukti PN ditadbir tanpa rasuah. Jadi, berilah peluang sekali lagi kepada PN supaya kami boleh berkhidmat lebih baik untuk anda,” katanya ketika berucap pada majlis Sarapan Bersama Rakyat di Kampung Bukit Kapar di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Hadi turut mengulangi pendirian PN menawan Perlis susulan gelombang penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim yang bertanding menerusi PN.
“Keyakinan itu dilihat berdasarkan barisan calon politik yang dibariskan komponen parti itu pada kali ini bersama kemasukan Shahidan. – KOSMO!ONLINE