fbpx

Jamal Abdillah mohon maaf kepada rakyat Malaysia, DAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMAL ABDILLAH

PETALING JAYA – Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah tampil membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia dan parti DAP susulan penularan sebuah video berunsur provokasi perkauman yang diperkatakan ramai dalam TikTok TikTok beberapa hari lalu.

Katanya, video tersebut hanya bersandarkan hasil perbualan kosong bersama rakan-rakan tanpa mengetahui keadaan politik sebenar.

“Kepada semua peminat saya dan rakyat Malaysia yang mengikuti akaun TikTok saya, dengan rasa rendah diri. Saya mohon ampun dan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana spin perkara itu dalam keadaan saya tidak mengetahui.

“Saya sebenarnya mendengar pandangan serta pendapat daripada pihak lain mengenai perkara-perkara saya sebutkan. Isu ini pernah ditularkan dahulu.

“Sebagai rakyat negara ini memang kita tidak mahu perkara-perkara itu berlaku.

“Kepada DAP khususnya, saya mohon maaf atas kesilapan dilakukan,” katanya dalam video berdurasi 2.20 minit dalam Twitter.

Terdahulu, penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu dilihat memberi pesanan agar tidak mengundi DAP berikutan beberapa isu seperti laungan azan dan sekolah tahfiz yang didakwa pernah dipolitikkan parti berkenaan hingga menimbulkan polemik.

Menurut penyanyi berusia 63 tahun itu lagi, apa yang disebutkan dalam video TikTok itu pernah tular suatu ketika dahulu.

“Tidak sepatutnya buat video ini. Bagaimanapun, saya harap peminat bersama mempertimbang dan menilai adakah benar apa yang saya cakap.

“Pernah atau tidak terjadi, terpulang kepada masing-masing.

“Semoga dengan pencerahan ini tiada lagi tuduhan saya buat fitnah. Ini kerana isu pernah tular empat, lima tahun lalu,” ulasnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI