fbpx

[VIDEO] Dituduh hamil anak Ariel Noah, Bunga sedih, sakit hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUNGA mengakui terkilan dengan kecaman netizen yang membuat spekulasi kehamilan dan mengaitkan nama Ariel dengan fitnah tersebut.

KUALA LUMPUR – Selebriti ternama Indonesia Bunga Citra Lestari atau BCL mengakui sakit hati apabila difitnah konon-kononnya sedang hamil anak hasil hubungan dengan sahabat baiknya, penyanyi Ariel Noah hanya disebabkan perubahan fizikal dan perut yang sedikit buncit.

Terkilan dengan dakwaan tidak berasas tersebut, penyanyi berstatus ibu tunggal itu menjelaskan, isu ‘body shaming’ sebegitu benar-benar menyedihkan dan tidak seharusnya tercetus,terutama dalam kalangan individu yang tidak mengenalinya secara peribadi.

“Sejujurnya saya sedih dan sakit hati apabila menjadi mangsa ‘body shaming’ hanya kerana perut kelihatan buncit daripada biasa.

“Sama seperti orang lain, saya juga makan. Semua ini normal terutama untuk orang yang suka makan tengah malam,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang akhbar penganjuran Konsert BCL Blossom Intimate di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC) semalam.

Meskipun menjadi mangsa kecaman, penyanyi yang popular menerusi lagu Ingkar itu tetap sedar bahawa bukan semua pihak memahami ‘masalah tubuh badan’ yang dialami orang lain.

“Daripada foto itu, saya sedar bukan semua faham mengenai sudut gambar atau efek ‘datang bulan’ yang boleh menjadi punca mengapa terjadinya masalah perut buncit.

“Namun, saya kecewa apabila masalah perut buncit ini dikaitkan dengan hal tidak enak terutama bersama rakan baik iaitu Ariel.

“Saya juga memandang semua ini sebagai gosip hiburan yang dicetuskan oleh pihak yang tidak mengenali kehidupan saya secara peribadi,” jelasnya.

Ujarnya lagi, dia juga belajar untuk menerima bentuk badan seadanya dan enggan membiarkan perkara negatif membelenggu dirinya.

“Sekitar tiga tahun lalu, saya sangat kurus padahal makan banyak tetapi bila nampak berisi, orang lemparkan tuduhan lain pula.

“Saya belajar untuk menerima diri sendiri dan tidak mahu rasa murung kerana tekanan daripada pihak luar. Semua ini juga terjadi kerana faktor umur yang meningkat naik.

“Harapnya isu ‘body shaming’ ini terhapus dan masyarakat akan menjadi lebih terbuka dan membuang sikap suka mencipta spekulasi sendiri berdasarkan perubahan bentuk fizikal seseorang,” katanya lagi.

Baru-baru ini, BCL didakwa hamil apabila tular beberapa foto dan video yang memperlihatkan bahagian perutnya kelihatan buncit malah disamakan seperti ‘baby bump,.

Lebih biadab, tanpa usul periksa, ramai menuduh BCL hamil sekali gus mengaitkan Ariel mempunyai kaitan dengan spekulasi kehamilan berkenaan.

Mengimbau semula, BCL mendirikan rumah tangga bersama Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohamed Sinclair pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12.

Jodoh tidak panjang, Ashraf meninggal secara mengejut pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung sekitar pukul 4 pagi di rumahnya di Pejaten Barat, Jakarta Selatan, Indonesia.

Sejak kematian suami, BCL kerap digosipkan menjalin hubungan istimewa dengan beberapa selebriti lelaki seperti Ariel, Afgan dan Reza Rahadian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI