fbpx

PRU15: GTA umum manifesto esok, tak janji bukan-bukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUN MAHATHIR (kanan) bersama Rafique (dua dari kanan) memberikan lencana kepada seorang pengunjung OKU di pasar malam Seksyen 24, Shah Alam petang tadi. - MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Selepas Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) melancarkan manifesto, esok giliran Gerakan Tanah Air (GTA) pula memperkenalkan tawaran istimewa kepada pengundi mereka.

Pengerusi GTA, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, manifesto itu banyak berkisar tentang mewujudkan kerajaan yang bersih.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran manifesto tersebut.

“Tetapi kita tidak mahu janji yang bukan-bukan. Mewujudkan kerajaan yang bersih, cekap dan amanah adalah lebih penting,” katanya selepas melakukan kempen dengan calon GTA bagi Parlimen Shah Alam, Rafique Rashid di pasar malam Seksyen 24, di sini, petang tadi.

Dalam pada itu, beliau menyindir semua parti yang memperkenalkan manifesto masing-masing, didakwanya tidak mampu merealisasikan apa yang mereka janjikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI