fbpx

Warga emas terkorban dalam nahas dua kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta jenis Perodua Bezza dan Honda HRV setelah bertembung di persimpangan lampu isyarat USJ 4 tengahari tadi.

SUBANG JAYA – Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun meninggal dunia setelah kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lagi kereta di persimpangan lampu isyarat USJ 4, di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kemalangan kira-kira pukul 12.05 tengah hari itu membabitkan dua jenis kereta iaitu Perodua Bezza dan Honda HRV.

Menurutnya, lokasi kemalangan di laluan simpang ‘T’ berlampu isyarat dan terdapat kotak kuning di pertengahan lampu isyarat berkenaan.

“Semasa kejadian, difahamkan lampu isyarat terpadam dan sedang dalam proses baik pulih oleh pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku apabila Perodua Bezza yang datang dari arah USJ 4 ingin membelok ke simpang kanan arah menghala ke Persiaran Murni telah dilanggar di bahagian kiri sebelah penumpang hadapan oleh Honda HRV yang sedang bergerak lurus dari arah SS19 menghala ke USJ 5,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Azlan, pelanggaran dua buah kereta tersebut telah menyebabkan mangsa yang memandu Perodua Bezza maut di tempat kejadian, manakala pemandu Honda HRV hanya mengalami kecederaan ringan iaitu calar di bahagian kepala.

“Mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai BSPT IPD Subang Jaya, Inspektor Ngo Su Siao di talian 016-9231558. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI