fbpx

Siswa jadi hero, terjun tasik ‘selamatkan’ telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang siswa menyelam dan selamatkan telefon bimbit.

PETALING JAYA – Seorang siswa digelar hero apabila sanggup terjun untuk ‘menyelamatkan’ telefon bimbit pelajar perempuan yang terjatuh di dalam tasik di Universiti Malaysia Sarawak, semalam.

Menerusi satu video yang dimuat naik pelajar perempuan itu di akaun TikTok @Mumu dengan kapsyen ‘Tragedi November’ memperlihatkan dirinya menangis teresak-esak kerana telefon bimbitnya terjatuh.

Berdasarkan komen di hantaran video tersebut, rata-rata pengguna akaun TikTok mengusik pelajar perempuan itu dengan siswa terbabit.

“Sebab itu, jambatan tersebut digelar sebagai jambatan cinta,” komen Bunga.

“Tahniah, dapat jodoh daripada tasik,” tulis Syaa di ruangan komen.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang melawak bahawa ikan sekarang suka makan telefon bimbit daripada roti.

“Kebiasaannya orang bagi roti untuk ikan dekat tasik, jarang orang bagi telefon bimbit untuk ikan,” seloroh Muaiaman.

“Cuba periksa buku kenalan, mana tahu kalau ada ikan di tasik bagi nombor telefon,” tulis Ms.

Video tersebut telah menerima sebanyak 610,000 tontonan dengan 511 perkongsian dan 53,200 tanda suka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI