fbpx

PRU15: N. Sembilan pula umum cuti 18 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju untuk memberikan cuti umum pada 18 November (Jumaat) ini iaitu sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab Malik berkata, keputusan berkenaan diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang hari ini.

“Cuti umum ini adalah untuk menggalakkan rakyat Negeri Sembilan membuat persiapan dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRU15 pada 19 November 2022,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengisytiharkan 18 Nov sebagai cuti umum negeri.

Dalam sidang media hari ini, Amirudin berkata keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan pengundi yang bekerja dan menetap di Selangor dan perlu pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI