fbpx

Anak felda nikmati ‘kemewahan’ bawah pemerintahan BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI (tengah) hadir pada Majlis Perasmian Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia di Felda Bukit Puchong, Bera baru-baru ini.

BERA – Kejayaan dan pembangunan yang dinikmati Felda hari ini merupakan usaha berterusan kepimpinan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi.

Tanpa perjuangan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang mewujudkan Felda bertujuan membasmi kemiskinan luar bandar khususnya orang Melayu, tidak mungkin warga Felda mampu mengecapi ‘kemewahan’ yang diwarisi kini.

Perjuangan membantu penduduk Felda tidak terhenti dan diteruskan pemimpin BN termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang terus memberikan perhatian kepada Felda.

Ketua Peneroka Wilayah Mempaga, Muhamad Amin Sardi, 69, dari Felda Bukit Puchong berkata, sepanjang 42 tahun menjadi ‘anak jati Felda’, dia bangga kerana nama Felda telah meniti ke peringkat antarabangsa.

Katanya, di bawah kepimpinan Ismail Sabri sebagai Ahli Parlimen dan Perdana Menteri pelbagai insentif dan bantuan diberi kepada Felda khususnya di Pahang dan daerah ini.

“Kita mempunyai 317 Felda di seluruh negara. Jika difikirkan, bukan mudah untuk Felda mentadbir sebanyak itu. Namun, Felda berjaya melakukannya atas sokongan kerajaan BN.

“Di Bera, kita tidak ketinggalan, malah sejak Perdana Menteri ada di sini, lebih banyak lagi yang Felda terima. Sebagai contoh baru-baru ini, Felda Bukit Puchong telah dipilih untuk bagi penyediaan Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia,” katanya.

Muhamad Amin berkata, warga peneroka di situ amat berterima kasih kepada Perdana Menteri yang berterusan membantu masyarakat Felda.

Seorang peneroka Felda dari Felda Rentam, Mokhtar Mohd., 68, berkata, kemasukannya ke tanah rancangan Felda lebih 40 tahun lalu adalah pilihan tepat dan tidak pernah menyesal memilih untuk bersama Felda.

“Terlalu banyak kemajuan yang telah Felda capai. Dari jalan perhubungan hanya tanah merah, kini semua jalan sudah bertar dan diperluaskan. Jika dulu rumah peneroka hanya rumah papan, kini peneroka sudah boleh memiliki rumah yang jauh lebih selesa.

“Itu pun masih ramai yang tidak puas hati dengan usaha kerajaan menerusi Felda untuk memberikan keselesaan dan kesenangan kepada mereka. Saya sangat bersyukur kerana dipilih sebagai peneroka. Paling penting, anak-anak serta cucu-cucu peneroka tidak dipinggirkan,” katanya.

Anak peneroka, Mahadzan Rasday@Rasdi, 41, dari Felda Bukit Kepayang berkata, Ismail Sabri juga tidak pernah melupakan generasi kedua Felda melalui pelbagai inisiatif seperti rumah untuk generasi kedua.

Katanya, inisiatif pemberian lot tanah kepada generasi baharu Felda yang dirancang juga menunjukkan beliau bersungguh-sungguh membantu warga Felda.

“Boleh dikatakan setiap tahun ada sahaja pembangunan baharu yang dijalankan seperti Kompleks Komuniti, selain itu sistem perparitan juga telah dibaiki dan dinaik taraf.

“Rangkaian sistem telekomunikasi juga telah dinaik taraf ke arah lebih laju bersesuaian ke­perluan masa kini dan pembangunan menambah baik tanah Felda,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI