fbpx

Hasrat Parti Republikan rampas Senat kabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengundi membuang undi di sebuah pusat undian di Los Angeles, California, kelmarin. - AFP

WASHINGTON – Harapan Parti Republikan untuk mengalahkan parti pimpinan Presiden Joe Biden, Demokrat dalam pilihan raya separa penggal diramal gagal menjadi kenyataan apabila kedua-duanya saling memenangi kerusi ekoran saingan sengit selepas kempen yang mengutarakan isu-isu seperti kenaikan kadar inflasi serta demokrasi Amerika Syarikat (AS).

Republikan memerlukan satu kerusi untuk merampas kuasa Senat, namun menjelang awal pagi semalam (waktu tempatan), satu-satunya kerusi yang diharap dapat mengubah kedudukan parti itu dimenangi calon Demokrat.

John Fetterman, calon yang memperjuangkan dasar-dasar ekonomi progesif memenangi kerusi tersebut di negeri Pennsylvania.

Sementara itu di Dewan Perwakilan, keputusan awal mencadangkan Parti Republikan berada pada landasan betul untuk merampas kuasa daripada Demokrat, namun menerusi hanya beberapa kerusi, jauh daripada ramalan.

Seorang pemimpin parti itu, Kevin McCarthy, yang diharap untuk menjadi speaker dewan bawah seterusnya, memberikan ucapan kepada para penyokongnya awal semalam sambil berkata: “Ia jelas bahawa kita akan merampas Dewan kembali,” kata beliau.

Bagaimanapun, sekutu bekas presiden Donald Trump, Senator Lindsey Graham berkata, pilihan raya separa penggal itu jelas tidak akan berpihak kepada Republikan.

Satu daripada kemenangan besar buat Republikan setakat ini adalah calon yang semakin meningkat naik, Ron DeSantis, yang menang besar di Florida, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai calon berpotensi utama bagi pilhan raya presiden 2024.

DeSantis, mencipta nama di negeri itu dengan membangkitkan isu-isu sekatan Covid-19 dan hak-hak golongan transgender.

“Kita tidak akan sesekali menyerah kalah,” kata beliau ketika perhimpunan bagi meraikan kemenangannya.

Dalam pada itu, pilihan raya separa penggal AS itu dicemari dengan pelbagai tuduhan penipuan yang tidak berasas, didorong oleh sebilangan isu di pusat-pusat mengundi terpencil serta turut ‘dihangatkan’ oleh dakwaaan-dakwaan Trump.

Pegawai berkata, semua masalah yang berlaku tidak akan mengubah keputusan undian, namun ia tidak menghalang beberapa pemimpin daripada menggunakan alasan tersebut untuk mempersoalkan ketelusan pilihan raya.

Pegawai di daerah Maricopa, dalam negeri Arizona memaklumkan 23 pusat mengundi mengalami masalah di bandar kelima paling ramai penduduk di AS, Phoenix.

“Kira-kira 20 peratus daripada lokasi pusat mengundi mempunyai masalah dengan tabulator,” kata Pengerusi Lembaga Penyelia Daerah Maricopa, Bill Gates.

Menjelang petang semalam, Jabatan Pilihan Raya Daerah Maricopa menerusi ciapan di Twitter memberitahu ia telah menyelesaikan masalah tersebut.

Menurut Gates, mesin yang rosak itu tidak akan mempengaruhi ketelusan undian, sambil menambah bahawa kertas undi akan dipindahkan dalam kotak selamat ke kemudahan pilihan raya pusat untuk dikira.

Sementara itu, Trump menerusi platform media sosial Truth turut mengecam masalah yang berlaku di daerah itu.

“Bagaimana keadaan ini berlaku apabila sebahagian besar penyokong Republikan menantikan hari ini untuk mengundi? Sekali lagi kita menghadapi keadaan ini. Rakyat sudah tidak tahan lagi,” kata Trump. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI