fbpx

Dicekup selepas tunggang motosikal secara berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai lima individu ditahan selepas dikesan menungang motosikal sambil melakukan aksi berbahaya dalam Operasi Samseng Jalanan di beberapa lebuh raya utama lewat malam tadi.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 48 keping saman di atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan dan manakala sembilan motosikal disita kerana ditunggang tanpa lesen memandu dalam Operasi Samseng Jalanan di beberapa lebuh raya utama di sini tengah malam tadi.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain berkata, dalam operasi itu sebanyak 14 buah motosikal telah diperiksa dan turut menahan lima individu.

“Operasi Samseng Jalanan ini dilakukan di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), dan Lebuh Raya Persekutuan melibatkan seramai dua pegawai serta 18 anggota risikan operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.

“Tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki tempatan yang didapati menunggang motosikal secara berbahaya sambil melakukan aksi menundukkan badan dan aksi zig-zag di Lebuh Raya Sprint menghala ke ibu kota kira-kira pukul 12.50 tengah malam.

“Anggota bertugas kemudiannya menahan dua lelaki tempatan kira-kira pukul 2.30 pagi selepas didapati melakukan aksi superman dan aksi zig-zag di Lebuh Raya Persekutuan arah Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Nadzri, dua lagi penunggang motosikal turut ditahan selepas dikesan melakukan aksi bersaing sesama sendiri, aksi menundukkan badan dan aksi zig-zag di Lebuh Raya Persekutuan arah ke Klang dan kemudian berpatah balik menghala ke ibu kota.

“Kesemua tangkapan membabitkan kumpulan yang berbeza dan individu yang ditahan seterusnya dibawa ke dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan IPD Shah Alam untuk tindakan lanjut.

“Kesemua suspek berusia 17 hingga 34 tahun disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI