fbpx

54 individu tidak patuh SOP dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa melakukan pemeriksaan di sekitar BORR, Butterworth malam tadi.

SEBERANG PERAI – Seramai 54 individu dikompaun selepas didapati melakukan kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam operasi di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) malam tadi.

Operasi itu dilakukan di kawasan Butterworth dan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di Bagan Ajam kira-kira pukul 8 malam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kesemua mereka masing-masing dikompaun sebanyak RM1,000.

“Seramai 41 lelaki dan 13 wanita dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.

“Selain itu sebanyak 52 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan dalam pemeriksaan trafik,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI