fbpx

PRU15: Tuduhan gabung dengan PH, beri gambaran salah kepada pengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir pada program Sembang Santai bersama Ahli Koperasi Felcra Daerah Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Kuala Nerang hari ini. - Foto/ SHAHIR NOORDIN

KUALA NERANG – UMNO menafikan tuduhan terdapat perancangan untuk bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin itu hanya satu andaian dengan tujuan untuk memberi gambaran salah kepada pengundi dalam kempen PRU15.

Katanya, dakwaan tersebut menampakkan seolah-olah BN bakal menjalinkan kerjasama dengan DAP yang turut menunjangi PH.

“Ucapan itu mereka harapkan akan memberi kesan kepada BN kerana orang Melayu rata-ratanya takut dengan perkataan DAP dan apabila mereka buat kenyataan begitu, seolah-olah dia bagi satu gambaran yang BN mahu bergabung atau bekerjasama dengan PH.

“Mereka beri gambaran salah dengan harapan orang ramai tidak mengundi BN kerana didakwa akan bergabung dengan DAP. Namun hakikatnya, dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sebelum ini pun kita sebut ‘No Anwar, No DAP’ dan itu bermakna, parti sudah beri indikator jelas bahawa tak timbul soal bergabung (dengan PH).

“Bagi saya, kenyataan dibuat lawan itu cuma mahu memberi signal yang salah kepada pengundi,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Sembang Santai bersama Ahli Koperasi Peserta Rancangan Felcra di Pusat Komuniti Padang Kerasak di Naka, dekat sini hari ini.

Beberapa kepimpinan PN termasuk Muhyiddin serta Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini membangkitkan perkara tersebut dalam siri ceramah mereka di Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI