fbpx

Ibu, anak gajah ditangkap di Lata Rek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Latiff menunjukkan gambar operasi pemindahan gajah liar yang dijalanlan Perhilitan di Kampung Chatel, Lata Rek di Kuala Krai hari ini. FOTO MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Penyandang Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman memaklumkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap dua ekor gajah liar di Kampung Chatel, Lata Rek dekat Kuala Krai hari ini.

Menurutnya, dua ekor gajah berkenaan merupakan ibu dan anak yang dipercayai terpisah daripada satu kawanan gajah yang dipercayai berkeliaran di sekitar Lata Rek sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kedua-dua haiwan itu ditangkap tiga hari lalu oleh pihak Perhilitan. Gajah-gajah denak dari Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah telah dibawa masuk ke kawasan berkenaan semalam.

“Pihak Perhilitan memaklumkan operasi pemindahan gajah liar tersebut akan bermula kira-kira pukul 11 pagi tadi dan dijangka dapat diselesaikan hari ini,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan di sini hari ini.

Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Kuala Krai itu berkata, berdasarkan maklumat, gajah tersebut tidak menyerang kawasan pertanian dan penempatan penduduk di kampung berkenaan.

Katanya, bagaimanapun, disebabkan saiznya yang besar, ia secara tidak sengaja telah merosakkan tanaman diusahakan penduduk ketika melalui kawasan terbabit.

“Saya sendiri telah masuk melawat ke kawasan berkenaan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Muhammad Mat Sulaiman pada minggu lalu.

“Selepas itu, saya memaklumkan kepada pihak Perhilitan. Mereka telah memulakan operasi mencari dan menangkap gajah liar bermula awal minggu ini, namun ia mengambil sedikit masa kerana turut melibatkan keselamatan kakitangan Perhilitan terlibat,” katanya.

Dalam pada itu Abdul Latiff memberitahu, konflik gajah dan manusia bukan isu baharu di Kuala Krai kerana telah berlanjutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya di sekitar Lata Rek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI