fbpx

Tiga ditahan curi beg tangan mewah RM145,288

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara beg tangan mewah yang dirampas pihak polis ketika serbuan dilakukan pada Sabtu

KUALA LUMPUR – Padah mencuri pelbagai jenama beg tangan mewah, seorang lelaki dan dua wanita ditahan di sebuah rumah di Salak Selatan, di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kejadian curi itu berlaku di sebuah premis di Solaris Dutamas pada pukul 10.07 malam, 1 November lalu.

Katanya, laporan berhubung kejadian itu bagaimanapun dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul di sini pada Jumaat lalu pukul 3.16 petang.

“Barangan yang hilang adalah dua buah beg tangan jenama Chanel, sebuah beg tangan jenama Hermes dan sebuah beg jenama Louis Vuitton bernilai RM145,288.

“Tiga suspek berusia 28 hingga 30 tahun ditahan di Salak Selatan. Polis merampas sebuah beg tangan Louis Vuitton yang dilaporkan hilang, dua keping resit, sepasang pakaian dan wang RM 22,300, “katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, serbuan turut dilakukan ke atas dua buah premis di Bukit Bintang yang dipercayai membeli barangan curi tersebut.

“Antara barangan yang dirampas adalah tiga buah beg tangan mewah dan dua keping resit pembelian tertera nama suspek.

“Kes didalangi seorang lelaki warga tempatan yang berusia 30 tahun dan suspek menyasarkan kedai yang menjual beg tangan mewah berjenama.

“Setelah dikenal pasti, suspek berurusan di kaunter dan meminta pekedai untuk mengambil barangan yang tidak dipamerkan dari dalam stor. Setelah ditinggalkan bersendirian, suspek akan membawa lari kesemua barangan yang diletakkan di atas kaunter,” ujarnya.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati kesemua barangan curi seperti beg dijual kepada kedai beg tangan mewah terpakai dengan harga lebih rendah antara RM15,000 hingga RM50,000 bergantung kepada jenama.

“Suspek utama yang ditangkap mempunyai tiga rekod jenayah dan direman enam hari sehingga sehingga esok. Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI