fbpx

KJ mahu pimpin Malaysia, jadi PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin.

SUNGAI BULOH – “Menangkan saya dahulu di Sungai Buloh, saya ingin pimpin parti (UMNO), saya nak pimpin negara (Perdana Menteri),” jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Tambah Khairy, sebelum ini dia tidak pernah meluahkan perkara tersebut, namun kali ini dia secara terang-terangan menyatakan perkara itu di hadapan pengundinya di Sungai Buloh malam tadi.

“Dengan takdir Allah, dengan sokongan daripada rakan-rakan, satu hari nanti saya nak pimpin UMNO, satu hari nanti saya nak jadi Perdana Menteri kamu untuk kita bangunkan negara ini.

“Tapi saya perlu menang di sini (Sungai Buloh) dulu. Tak pernah saya cakap, kalau saya cakap begitu, semua MT (Majlis Tertinggi UMNO) nak pijak saya dan sudah sampai masanya saya nak sebutkan perkara itu.

“Saya rasa sudah sampai masanya saya cakap perkara itu, tapi bukan sekarang lah, sekarang ini kita menang, kekanda saya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jadi Perdana Menteri Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Kata Janji KJ di Saujana Utama, di sini, malam ini.

Dalam pada Khairy turut menterjemahkan apa yang dimaksudkan berkenaan panggilan namanya iaitu KJ.

“KJ ini maksudnya tuan puan adalah ‘Kerja Jalan’. Letaklah saya di mana-mana kerusi Parlimen sekalipun saya akan buat kerja,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI