fbpx

Pasar raya kena rempuh, silap masuk ‘gear’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah pasar raya dirempuh sebuah kereta di Chembong malam tadi. - IHSAN POLIS

REMBAU – Gara-gara tersilap masuk gear, seorang pengawal keselamatan cedera dirempuh sebuah kereta yang tiba-tiba meluncur masuk ke sebuah pasar raya di Chembong, di sini lewat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 malam tadi itu membabitkan seorang pemandu kereta jenis Toyota Corrolla berusia 46 tahun.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, pemandu kereta tersebut baharu sahaja selesai membeli barang di sebuah pasar raya.

“Semasa memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah, pemandu telah tersilap masuk gear undur lalu telah hilang kawalan bergerak masuk ke dalam pasar raya.

“Pemandu tersebut terlanggar pengawal keselamatan iaitu wanita berusia 56 tahun yang ketika itu berada berdekatan pintu pasar raya tersebut,” katanya, hari ini.

Ujar Hazri lagi, akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Rembau.

“Kes ini disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI