fbpx

Tiga penghuni cedera, bumbung asrama anak yatim runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penghuni asrama Wisma Yatim Perempuan Pulau Pinang, Jalan Scotland yang terlibat kejadian bumbung runtuh. -Foto IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Seramai tiga penghuni asrama di Wisma Yatim Perempuan Pulau Pinang, Jalan Scotland di sini dilaporkan cedera selepas bumbung bangunan berkenaan dikatakan runtuh malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu menyebabkan tiga mangsa mengalami kecederaan pada belakang badan dan kepala.

Ketiga-tiga mangsa terbabit telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

Keadaan di pekarangan luar bangunan Wisma Yatim Perempuan Pulau Pinang, Jalan Scotland sebentar tadi. – Foto IQBAL HAMDAN

Ketua Balai Bomba Jalan Perak, A’azelan Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berlaku pada pukul 9.42 malam tadi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

“Seramai 30 penghuni asrama berada di bangunan berkenaan semasa kejadian berlaku manakala tiga mangsa dilaporkan cedera ringan,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Laporan lanjut berhubung kejadian berlaku akan menyusul – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI